Perak Hari Ini

Banjir Perak Terkini 6,731 Mangsa di 44 buah Perpindahan banjir

IPOH : Laporan terkini mengenai keadaan banjir di Perak menurut sumber daripada Majlis Keselamatan Negara, sekitar jam 2 petang ini.

Sebanyak 6,731 orang mangsa melibatkan 1,855 keluarga mangsa dan pusat perpindahan sebanyak 44 buah pusat perpindahan banjir sementara seluruh Perak.

Bagi Daerah Hulu  Perak terdapat 13 pusat perpindahan banjir disediakan melibatkan 725 mangsa daripada 205 keluarga dan bagi Daerah Kuala Kangsar pula seramai 538 terjejas yang melibatkan 150 di 10 pusat perpindahan.
Jumlah PP : 10

Sementara itu, bagi Daerah Perak Tengah melibatkan mangsa seramai 5,056 iaitu daripada 1,390 keluarga di 19 pusat perpindahan dan bagi Daerah Manjung melibatkan 140 mangsa daripada 28 keluarga di satu pusat perpindahan.

Manakala bagi Daerah Hilir Perak pula melibatkan 272 mangsa daripada 82 keluarga di satu tempat perpindahan buat masa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");