Jenayah

Bom tangan dalam kampit beras pulut

BUKIT MERTAJAM: Polis menemui sebutir bom tangan yang disembunyikan dalam plastik berisi beras pulut di sebuah rumah di Kampung Lalang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, berkata penemuan bom tangan itu adalah susulan penahanan dua lelaki berusia 28 dan 36 tahun di premis sama berkaitan kes dadah, semalam.

“Penahan dua lelaki itu juga mempunyai kaitan dengan kes dua tahanan lolos yang berjaya diberkas semula baru-baru ini.

“Hasil intipan dan serbuan semalam, kita menahan dua lelaki di sebuah rumah dan menemui 60 gram (g) dadah jenis syabu dan merampas komputer riba dan peralatan pecah rumah,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, polis membawa kedua-dua suspek ke rumah berkenaan hari ini dan menjumpai bom tangan berkenaan.

“Kita akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Unit pemusnah bom juga akan mengenalpasti sama ada bom berkenaan masih aktif atau tidak,” katanya.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");