Jenayah

Dua tahanan lolos dipenjara 8 tahun, 2 sebatan

BUTTERWORTH: Dua tahanan yang berjaya diberkas semula selepas meloloskan diri ketika dibawa dari Penjara Pulau Pinang dua tahun lalu, dihukum penjara lapan tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan lari dari tahanan, samun dan memiliki senjata berbahaya.

Terdahulu di Mahkamah Sesyen di sini, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan ke atas Hamzani Harun, 38, dan Hisham Abdul Rahman, 40, selepas tertuduh mengaku salah kerana melakukan samun berkumpulan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan di alamat No 2260, Kedai Permainan Video di Tasek Gelugor, jam 5.20 pagi pada 6 Julai 2012.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret di sini, kedua-dua mereka dihukum penjara 20 bulan selepas mengaku salah di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab atas tuduhan melarikan diri daripada jagaan polis semasa dibawa dari penjara Pulau Pinang pada 7 Januari 2013.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di susur keluar Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) pada jam 9.45 pagi, pada 7 Januari 2013.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Muhammad Firdaus turut menjatuhkan hukuman penjara empat bulan ke atas kedua-dua tertuduh atas kesalahan memiliki senjata merbahaya dan peralatan pecah rumah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No 2260, Kedai Permainan Video di Tasek Gelugor pada jam 5.20 pagi pada 6 Julai 2012.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 28 (i) (ii) Akta Kesalahan Kecil 1953 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan semua hukuman dijalankan secara berasingan.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");