Sukan Hari Ini

F1: Ferrari, Vettel harap SF15-T cetus kebangkitan

LONDON: Ferrari dan pelumba bintang, Sebastian Vettel berharap dapat mengembalikan kegemilangan Formula Satu (F1) pasukan elit itu dengan jentera digelar SF15-T.

Pasukan paling berjaya dan paling lama bertahan dalam perlumbaan empat roda berprestij itu tidak memenangi sebarang perlumbaan, musim lepas.

Ia kali pertama pasukan berpangkalan di Itali itu tidak memenangi sebarang perlumbaan sejak 1993 dan menamatkan saingan di kedudukan keempat.

Ferrari menjelaskan dalam laman web pasukan itu penjenamaan itu dibuat atas nama Scuderia Ferrari untuk SF diikuti tahun bersaing dan T untuk Turbo.

Jentera yang menamatkan kempen musim lepas dengan kekecewaan digelar F14T.

Jentera terbaharu Ferrari akan dilancarkan secara rasmi dalam talian pada Jumaat ini sebelum membuat ujian pertamanya di Jerez, Sepanyol pada Ahad yang menyaksikan kerjasama di antara Vettel dan Kimi Raikkonen.

Vettel yang juga juara empat kali berhijrah daripada pasukan Red Bull musim ini dengan Raikkonen kekal bersama Ferrari.

Kempen perlumbaan musim ini bermula pada 15 Mac ini. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");