Isu Panas

Fail semakan kehakiman kes PPS

Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai pertubuhan haram.

Permohonan berkenaan difailkan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh, yang juga Pengerusi PPS menerusi Tetuan Sreenevasan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini, semalam .

Kerajaan negeri selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri membuat tiga permohonan iaitu memohon perintah certiorari membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 November 2014 yang mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan haram serta memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua peralatan dan dokumen milik PPS.

Selain itu, kerajaan negeri memohon deklarasi PPS ditubuhkan secara sah dan betul kerajaan negeri mengikut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Kerajaan negeri diwakili barisan peguam diketuai Datuk S Ambiga.

Dalam pada itu, kerajaan negeri mendakwa perintah KDN tidak berperlembagaan kerana melanggar Artikel 4, 5 (1),8, 10(1) atau 13 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon mendakwa responden pertama mengambil pertimbangan tidak relevan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");