Perak Hari Ini

Gelombang Banjir Kedua Landa Dataran Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Deretan premis perniagaan yang terletak berhampiran Sungai Perak dinaiki air tengah hari semalam berikutan hujan lebat yang turun sejak dua hari lalu.

Berikutan gelombang banjir kedua itu, kawasan Dataran Kuala Kangsar digenangi air Sungai Perak hingga memaksa peniaga meninggalkan premis masing-masing yang sudah dibersihkan selepas insiden gelombang banjir pertama yang berlaku kira-kira dua minggu yang lalu.

PERAKTODAY3

Tinjauan mendapati, air Sungai Perak mula melimpahi kawasan sekitar Dataran Kuala Kangsar menghala ke Persiaran Sungai Perak.

PERAKTODAY

Selain itu, polis juga sudah menutup laluan masuk ke kawasan berkenaan sejak air mula melimpahi kawasan terbabit.

IMG-20150108-WA0022 (1)

Difahamkan, paras air sungai Perak di Daerah Perak Tengah sudah mencecah paras bahaya iaitu 7.37 meter manakala paras Tasik Temengor di Hulu Perak juga dilaporkan sudah melepasi paras 249.12 meter.

Penduduk di sekitar Kampung Gajah diminta agar berwaspada dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");