Sukan Hari Ini

Hadiah bermakna Rodgers kepada Gerrard

LONDON: Brendan Rodgers bertekad untuk menghadiahkan kaptennya, Steven Gerrard kenangan paling sempurna – membawa Liverpool menjulang Piala FA Inggeris.

Gerrard yang mencetus ‘gempar’ kepada penyokong The Reds dengan mengesahkan akan meninggalkan Anfield, musim panas depan akan menyambut hari lahirnya ke-35 pada tarikh final Piala FA yang dijadualkan 30 Mei depan.

Liverpool yang pernah menjulang Piala FA bersama Gerrard pada 2001 dan 2006 akan menentang kelab kerdil, AFC Wimbledon pada perlawanan pusingan tiga, awal pagi ini.

Bagi Rodgers, tiada hadiah paling sempurna buat kaptennya itu selain daripada menjulang salah satu trofi paling berprestij dalam Liga Inggeris itu di Stadium Wembley.

“Sasaran kami adalah untuk memenangi piala tahun ini dan ketika ini kami lebih bersemangat dengan insentif ini,” kata Rodgers.

“Untuk mengetahui kapten yang juga insan istimewa akan meninggalkan kelab ini, tiada penghargaan lebih bermakna berbanding mara ke final, lebih tempat final Piala FA,” kata Rodgers.

“Untuk melihatnya menjulang trofi, ia adalah impian kami semua. Ia sesuatu yang hebat buatnya untuk menamatkan kerjayanya dan sudah tentu kami tidak mahu Stoke City menjadi perlawanan terakhir kami musim ini.”

Perlawanan Liga Perdana terakhir buat Liverpool adalah pada 24 Mei depan menentang Stoke di laman lawan.

Menentang Wimbledon, Gerrard dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama dengan Rodgers tidak berhasrat untuk merehatkan mana-mana pemain utamanya. – Agensi-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");