Perak Hari Ini

Kanak-Kanak 9 Tahun Ditemui Lemas

GERIK: Seorang kanak-kanak ditemui mati lemas di sebuah sungai di Kampung Akai dekat Pos Kemar di sini, petang semalam.

Mangsa yang berumur sembilan tahun dan merupakan Orang Asli itu dipercayai lemas di Sungai Laquin.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 7.30 pagi semalam dan anggota telah dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Katanya, operasi yang diketuai oleh PPgB Azizul Aswad Asaris segera melakukan pencarian di permukaan air sebaik sahaja dimaklumkan pihak polis berhubung kejadian tersebut.

Sumber berkata lagi, operasi pencarian diteruskan sebelum pihaknya menerima laporan bahawa mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam.

“Mayat mangsa ditemui pada jarak lebih 1.5 KM dari lokasi mangsa dipercayai lemas iaitu sekitar jam 6.20 petang,” katanya.

Operasi yang turut dibantu oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), RELA dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu berakhir pada jam 7 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");