Jenayah

Kastam KLIA tahan wanita warga Fiji bersama 1.51kg dadah

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan seorang wanita warga Fiji membawa dadah jenis Metaphetamine seberat 1.51 kilogram di klia2, semalam.

Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim. berkata wanita berusia 26 tahun itu ditahan sebaik tiba dari Hong Kong jam 5.45 petang.

Katanya, berdasarkan pemantauan dan risikan JKDM KLIA, wanita itu ditahan selepas bagasinya diimbas pegawai bertugas.

“Pemeriksaan sepenuhnya mendapati terdapat serbuk kristal dipercayai dadah jenis Methapetamine bernilai RM287,850 disorok di ruangan khas beg galas yang terdapat di dalam bagasi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Kastam Sedunia Tahun 2015 ke-33 di Akademi Audit Negara di Bandar Enstek di sini, hari ini.

Katanya, wanita yang pertama kali masuk ke negara ini itu, direman selama tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");