Perak Hari Ini

Kriket: Perak Sasar Aksi Separuh Akhir

IPOH: Skuad Kriket Perak menyasarkan beraksi di peringkat separuh akhir sempena Kejohanan ‘MCA Fast Track Inter State League 2015’.

Skuad tersebut yang disenaraikan dalam kumpulan A bersama beberapa buah negeri lain antaranya Sarawak, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang dikatakan mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lawan.

Presiden Persatuan Kriket Perak, Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali berkata, Perak mempunyai peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir kerana memiliki barisan pemain antara yang terbaik.

“Perak melahirkan ramai pemain yang berbakat besar dalam sukan kriket dan pada masa ini, terdapat beberapa pemain yang sudah beraksi di peringkat antarabangsa sama ada sebagai pemain profesional, pengadil dan juga jurulatih.

“Bagi perlawanan kali ini, kita mengetengahkan ramai pemain tempatan bukan sahaja dari Ipoh malah enam lagi pemain yang terpilih berasal dari Taiping memiliki bakat besar dalam sukan ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

PERAKTODAY13 (1)

Katanya lagi, pemilihan pemain dibuat melalui komuniti yang mempunyai kuasa untuk memilih pemain mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Badan Kebangsaan.

“Kami menggunakan model tersebut kerana di kedudukan dunia, Malaysia berada di tangga ke 23.

“Ini menambah keyakinan kita untuk menggunakan model tersebut dan kebanyakan pemain adalah yang terdiri daripada pemain tempatan,” tambahnya.

Beliau berkata lagi, sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri serta beberapa pihak amat diperlukan untuk mengembalikan kegemilangan sukan kriket yang pernah mengharumkan nama negeri Perak suatu masa dahulu.

“Kita harap pihak terbabit dapat memberikan sokongan terhadap sukan kriket dalam bentuk bentuk dana agar kita mampu menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada pemain,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga akan cuba meyakinkan pihak MCA untuk mengadakan lebih banyak perlawanan kriket di negeri itu.

Hari ini, skuad kriket Perak menentang pasukan Sarawak dalam perlawanan pembukaan bagi kumpulan A bagi kejohanan ‘MCA Fast Track Inter State League 2015’.

Bagi kumpulan B, empat negeri disenaraikan iaitu Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Melaka manakala pasukan Sabah menarik diri daripada kejohanan tersebut di saat-saat akhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");