Perak Hari Ini

Laksana Amanah Yang Diberi Elak Dipersoal Rakyat

SEGARI: Mana-mana pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan atau memberi kelulusan kepada sesuatu projek di negeri Perak haruslah memikul amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya-sebaiknya.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tanggungjawab itu perlu digalas dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan tiada rakyat tertindas kerana banyak projek yang dilaksanakan melibatkan keperluan masyarakat setempat.

Katanya, mana-mana penjawat awam di negeri itu atau pihak yang berkenaan perlu memberi perhatian serius terhadap permohonan yang dikemukakan bagi mengelak ia dipersoalkan oleh rakyat.

“Apabila sesebuah projek itu dilaksanakan, kita mahu ia dapat disiapkan pada jangka waktu yang telah ditetapkan.

“Tidak perlu dilewatkan atau sengaja dilewatkan dengan alasan serta faktor-faktor tertentu.

“Saya dapati ada satu projek besar berkaitan kepentingan rakyat yang telah pun diluluskan di peringkat Kerajaan Negeri tetapi masih belum dilaksanakan lagi.

“Pelbagai alasan diberi dan sudah tiga tahun projek itu terbengkalai begitu sahaja,” katanya kepada media selepas melawat tapak projek pembinaan masjid di Kampung Batu Tiga di sini, hari ini.

PERAKTODAY12

Beliau juga mengingatkan agar tiada pihak mengambil kesempatan dengan menggunakan jawatan yang dipegang bagi tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Selain itu, kita dapati ada fail-fail yang telah pun dimohon oleh pemohon tetapi dibiarkan begitu lama tanpa diproses.

“Urusan seperti ini perlu dipercepatkan bukan dilambatkan kerana rakyat mempunyai kepentingan dan kita tidak boleh biar mereka tunggu sehingga setahun.

“Saya juga dapati ada satu tempat yang mana ketuanya menemui ratusan fail permohonan yang terbengkalai tanpa diproses.

“Walhal perkara tersebut boleh diluluskan dalam jangka waktu yang pantas dan ini tidak sepatutnya berlaku,” ujarnya.

Jelasnya, perbuatan tersebut akan menjadi satu penyebab rakyat mempersoalkan kepantasan sesebuah kerajaan meluluskan sesuatu projek pembangunan.

Selain itu, beliau berkata, arahan itu perlu dipatuhi bukan hanya di peringkat jabatan kerajaan tetapi juga pihak pelaksana dan Pejabat Menteri Besar.

“Arahan ini bukan sahaja tertumpu kepada satu pihak sahaja tetapi melibatkan semua pihak termasuklah diri saya sendiri,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");