Perak Hari Ini

Lelaki Maut Kenderaan Bertembung, Di Kuala Kurau

KERIAN: Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dekat Kuala Kurau hari ini.

Menurut sumber Bomba dan Penyelamat, kemalangan tersebut melibatkan kenderaan jenis Proton Wira dan pacuan empat roda jenis Hilux berlaku berhampiran jambatan Kuala Kurau sebentar tadi.

IMG-20150108-WA0008

“Kedua-dua kenderaan berkenaan telah bertembung dan mengakibatkan mangsa seorang lelaki dewasa tersepit dan disahkan meninggalkan dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Pihak BBP telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.37 pagi tadi dan proses menyelamatkan mangsa yang terlibat menggunakan peralatan menyelamat khusus bagi mengeluarkannya.

Mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi menyelamat tamat sekitar jam 12.15 tengah hari tadi  diketuai oleh PBK II Che Hassan Che Mat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");