Sukan Hari Ini

Liga Hoki Dunia: Skuad Malaysia meniti ranjau sukar

KUALA LUMPUR: Skuad hoki negara berdepan ranjau berliku apabila beraksi dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Antwerp, Belgium pada 20 Jun hingga 5 Julai ini.

Antara lawan bakal dihadapi termasuk pasukan nombor satu dunia Australia, Britain, India, Pakistan dan tuan rumah Belgium.

Satu lagi kumpulan pusingan separuh akhir pula membabitkan Argentina, Sepanyol, Jerman, Belanda, New Zealand, Korea Selatan. Ia akan diadakan Buenos Aires dari 3 hingga 14 Jun.

Penyertaan empat lagi pasukan negara hanya dapat diketahui selepas dua lagi baki saingan Pusingan Kedua di Amerika Syarikat dan Afrika Selatan, Mac ini.

Pusingan akhir Liga Hoki Dunia akan diadakan di India pada 28 November hingga 6 Disember ini.

Enam pasukan terbaik akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro bersama tuan rumah, Brazil dan lima juara benua.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");