Sukan Hari Ini

Man United ikat bekas penjaga gol Barcelona

LONDON: Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes sudah menerima tawaran untuk menyertai Manchester United.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu yang sudah berlatih bersama United untuk pulih daripada kecederaan serius lutut bersetuju dengan kontrak 18 bulan.

Valdes, 32, memenangi enam gelaran La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Barcelona sebelum meninggalkan kelab gergasi itu musim lalu selepas kontraknya tamat.

Perjanjian baharu ini bakal menyaksikan penjaga gol simpanan, Anders Lindegaard bakal meninggalkan Old Trafford.

Kehadiran Valdes juga turut mencetus persoalan akan masa depan penjaga gol berusia 24 tahun, David De Gea yang menjadi pemain terbaik kelab, tahun lalu.

Kontraknya berakhir pada 2016. – BBC Sport

INFO: Trofi kejuaraan dimenangi Valdes di Barcelona

La Liga: 2005, 2006, 2009, 2010, 2011, 2013

Copa del Rey: 2009, 2012

Liga Juara-Juara: 2006, 2009, 2011

Kelab Piala Dunia: 2009, 2011.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");