Laporan Eksklusif, Panasnya Hari Ini

Misi Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang Diteruskan

MISI BANTUAN BANJIR…Misi Bantuan Mangsa Banjir Biro Kebajikan UMNO Malaysia dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia meneruskan misinya membantu mangsa banjir di Pahang.

Rombongan bantuan yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menyampaikan bantuan keperluan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan Pahang hari ini.

IMG-20150103-WA0015

Turut hadir sama bersama Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) bahagian DUN Bedar,  Fakharuddin  Mohd Arif menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat perpindahan sementara tersebut.

IMG-20150103-WA0013

Dengan kehadiran para pemimpin ini diharapkan berupaya memberi semangat dan kekuatan kepada mangsa banjir berkenaan untuk lebih kuat dan tabah menempuh dugaan ini.

IMG-20150103-WA0012

Sejak 11 pagi tadi, agihan bantuan di lakukan kepada kesemua mangsa yang ditempatkan sementara di Pusat Pemindahan IKBN Pekan Pahang ini.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");