Membawang Hari Ini

Mizz Nina meriahkan sambutan hari hijab sedunia

PENYANYI Shazrina Azman, lebih popular dengan nama Mizz Nina, akan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan orang ramai sebagai pemakai ‘hijab’ pada Hari Hijab Sedunia (WHD) Malaysia di Taman KLCC esok.

Satu perhimpunan anjuran sekumpulan Muslimah muda, dengan kerjasama Duta WHD Kuala Lumpur Emi Idura Che Hashim, akan diadakan bersempena sambutan itu pada 1 Februari, kata penganjurnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Hari Hijab Sedunia, yang diilhamkan warga New York, Nazma Khan, dan disambut di 116 negara setiap tahun sejak 2013, antara lain bertujuan memupuk toleransi dan persefahaman tentang pemakaian hijab.

Acara itu, yang akan bermula pada 11 pagi, akan turut mempromosi gaya berhijab secara profesional dan diiringi pertandingan menarik.

Hadirin digalakkan membawa hijab untuk diderma kepada Muslimah yang terjejas oleh banjir di pantai timur baru-baru ini.

Perkhidmatan membungkus sumbangan juga disediakan di venue sambutan itu. – Bernama

Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");