Sukan Hari Ini

Paulista hampir pasti milik Arsenal

BARCELONA: Villarreal sudah bersetuju untuk menjual pertahanan Brazil, Gabriel Paulista kepada Arsenal dengan penyerang Costa Rica, Joel Campbell dipinjamkan ke kelab Sepanyol itu sehingga penghujung musim ini.

Keputusan itu dinyatakan kelab La Liga Sepanyol itu, hari ini.

Pertahanan tengah berusia 24 tahun itu dilaporkan akan menjalani ujian perubatan bersama kelab berpangkalan di London, Arsenal, esok sebelum menandatangani kontrak.

Paulista dikatakan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada peminat di Villarreal sebelum perlawanan La Liga menentang Levante, awal pagi tadi yang berakhir dengan kemenangan 1-0.

“Villarreal dan Arsenal FC sudah melengkapkan perjanjian awal dan ia akan selesai pada Isnin bagi pemindahan pertahanan Brazil, Gabriel Armando de Abreu,” kata Villarreal dalam laman web kelab itu.

“Selepas Gabriel melepasi ujian kecergasan, dia akan menyertai The Gunners dalam Liga Perdana.”

Paulista sudah beraksi dalam 50 perlawanan bersama Villarreal dan laporan media berkata yuran perpindahannya bernilai sekitar $22.4 juta (RM80.70 juta).

Sebelum ke Sepanyol, Paulista memulakan kerjayanya di kelab Brazil, Vitoria, kelab yang pernah disertai beberapa bintang termasuk Bebeto, David Luiz dan Dida namun bergelut pada musim pertamanya.

Begitupun selepas semusim, dia muncul antara pertahanan terbaik di La Liga.

Arsenal akan mengharungi pusingan empat Piala FA menentang kelab Liga Kejuaraan, Brighton & Hove Albion, awal pagi esok. – Reuters/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");