Sukan Hari Ini

Pemilihan tak telus?

Kuala Lumpur: “Sila jawab mengikut statut yang saya persoalkan.”

Demikian tegas salah seorang ahli gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Mohd Radzi Mat Rashid kepada pihak pengurusan berhubung rasa tidak puas hatinya terhadap pemilihan ahli jawatankuasa persatuan bola sepak itu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), September tahun lalu.

Jelas Radzi, hingga kini, belum ada jawapan yang benar-benar jelas daripada KLFA menerusi Setiausaha Agungnya Ramlan Askolani terutama membabitkan pelantikan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan sebagai Presiden KLFA.

Adnan adalah juga Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Antara yang dipersoal oleh Radzi dan sudah dikemukakan kepada KLFA sejak Oktober lalu ialah bolehkah pemilihan Ahli Jawatankuasa KLFA untuk penggal 2014-2018 dilakukan secara lantikan tanpa melalui proses pemilihan menurut Artikel 27 Statut KLFA.

Turut dipersoalkan bagaimana calon yang tiada pencalonan atau tidak hadir pada mesyuarat agung itu dengan merujuk kepada Adnan, dicalonkan pada pemilihan itu.

“Hingga kini, belum ada jawapan benar-benar menjawab segala persoalan mengikut apa yang terkandung dalam statut.

“Dia (Ramlan) hanya menjawab jawapan umum di akhbar yang memang tidak berkaitan dengan statut,” katanya.

Menurut Radzi, untuk seseorang itu layak bertanding jawatan presiden, individu berkenaan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada ahli yang layak membuat pencalonan seperti terkandung dalam statut KLFA.

“Tapi presiden sekarang tidak mendapat sokongan sebanyak itupun. Malah tidak ada yang mencalonkannya,” katanya.

Justeru itu, Radzi berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengheret isu itu ke muka pengadilan sekiranya tiada sebarang jawapan kukuh daripada KLFA.

“Sebab saya yakin saya berada di pihak yang benar jika mengikut segala kandungan dalam statut. Tidak perlu untuk saya berasa takut,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");