Perak Hari Ini

Penarik Kereta Dihukum Gantung Edar Dadah

IPOH: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penarik kereta berusia 30 tahun kerana kesalahan mengedar dadah jenis syabu pada 2011.

Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badarudin, berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

S. Marimutthu didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 96.1 gram pada 23 Ogos 2011 di Restoran Karisma dekat Simpang Pulai kira-kira jam 11.45 malam.

Menurut Noorin, tertuduh telah dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 39 B (1)A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang mempunyai seorang isteri serta dua orang anak yang berusia empat dan enam tahun telah diwakili oleh Ranjit Singh Sandhu, manakala pihak pendakwaan pula diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya How May Ling.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");