Sukan Hari Ini

Sharapova atasi Bouchard mara ke Separuh akhir Terbuka Australia

MELBOURNE: Pilihan kedua dari Russia, Maria Sharapova mengakhiri cabaran bintang tenis Kanada, Eugenie Bouchard dalam pertembungan straight set sekali gus mara ke separuh akhir Terbuka Australia buat kali ketujuh, hari ini.

Juara lima kali gelaran Grand Slam itu menewaskan pilihan ketujuh kejohanan itu 6-3, 6-2 untuk menempah pertembungan dengan rakan senegaranya, Ekaterina Makarova, yang juga pilihan ke-10.

Sharapova, 27 yang pernah memenangi gelaran di Australia pada 2008 mampu merampas gelaran nombor satu dunia daripada jaguh Amerika Syarikat, Serena Williams seandainya mengulangi kejayaan sama, tahun ini.

“Saya hanya cuba bermain dengan cara saya. Saya sedar dia akan bermain berhabis-habisan dan menjadi agresif,” kata Sharapova.

Kemenangan menambah rekod kepada 4-0 sepanjang pertemuannya dengan Bouchard, 20 yang terus gagal mengatasi jelitawan Russia itu termasuk dalam saingan separuh akhir Terbuka Perancis, tahun lepas.

Bagi bintang muda yang dijangka akan terus meningkat, Bouchard, ia kekalahan kedua buatnya dalam usaha untuk melangkah ke separuh akhir di Melbourne Park. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");