Panasnya Hari Ini

SPR, Rakyat Sarawak Jangan Tunduk Desakan BERSIH

Pengundi Sarawak diberi tempoh sehingga 4 Februari depan untuk mengemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awal Januari lalu.

Justeru, rakyat bumi Kenyalang itu sewajar menggunakan hak mereka mengemukakan tanpa perlu mendengar desakan pihak luar seperti BERSIH yang diwujudkan untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan telus.

Selepas menganjurkan beberapa siri perhimpunan jalanan di Semenanjung Malaysia yang berakhir dengan kekecohan, BERSIH beralih fokus kepada politik Sarawak yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11.

Jika kredibiliti proses persempadanan semula Sarawak dipertikaikan sebagai tidak telus oleh BERSIH, maka kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum lalu juga boleh diragui ketelusannya kerana diuruskan oleh SPR.

Hakikatnya, BERSIH tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk menghantar bantahan kepada SPR yang telah menolak sebarang kerjasama dengan badan bukan kerajaan itu.

Untuk rekod, tandatangan 100 orang pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah persempadanan semula diperlukan untuk sesuatu bantahan bersyarat yang akan tamat tempohnya pada Rabu depan.

Rakyat Sarawak perlu bijak menilai tindakan BERSIH sebelum ini yang telah menjatuhkan imej SPR dan kerajaan di mata negara luar.

Campurtangan negara asing dalam urusan pilihan raya umum atau negeri Sarawak harus dielakkan sama sekali sebaliknya rakyat perlu memberi kepercayaan dan keyakinan penuh kepada SPR untuk mengendalikan pilihanraya secara adil dan telus.

Penyokong menyertai perhimpunan BERSIH kerana mendakwa SPR menipu tetapi sehingga hari ini, mereka gagal mendakwa SPR di mahkamah atas tuduhan tersebut.

Begitu juga perhimpunan Blackout yang jelas satu pembohongan yang dirancang untuk mengikis kepercayaan rakyat terhadap SPR.

Terkini, BERSIH sedia anjur mobilisasi besar-besaran dan turun ke jalan raya jika SPR meneruskan rancangan persempadanan semula dan penambahan kerusi dengan tidak mengikut undang-undang dan Perlembagaan.

Berdasarkan kepada sambutan rakyat yang semakin merudum terhadap perhimpunan jalanan, BERSIH mungkin perlu berfikir semasak-masaknya apatah lagi negara masih dalam suasana bersedih ekoran tragedi MH17 dan banjir besar yang melanda beberapa negeri termasuklah Kelantan.

Manakala dakwaan SPR melakukan persempadanan semula tidak mengikut undang-undang perlu dibuktikan terlebih dahulu.

SPR adalah sebuah suruhanjaya yang mendapat pengiktirafan dunia dan tidak pernah dipertikaikan oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa.

Justeru, biarlah pengundi dan SPR menjalankan peranan masing-masing dalam perkara ini tanpa perlu campurtangan BERSIH agar proses pilihanraya kelak berjalan lancar, sekaligus mengukuhkan lagi perpaduan rakyat Sarawak yang sedia terjalin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");