Perak Hari Ini

Stesen Minyak Di Bercham Terbakar

IPOH: Sebuah stesen minyak Caltex yang beroperasi di Lorong Bercham 1, dekat sini terbakar sekitar jam 3.35 pagi tadi.

Menurut sumber Balai Bomba dan Penyelamat, pihaknya segera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran itu berlaku di bahagian kaunter pejabat stesen minyak Caltex dengan anggaran kerosakan sekitar 20 peratus sahaja,” katanya lagi.

IMG-20150130-WA0002

Tambah sumber lagi, anggota diarahkan membuat pemadaman dengan menggunakan satu saliran khusus hingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tersebut turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Meru,” katanya.

Operasi yang tamat sekitar jam 4.14 pagi tadi diketuai oleh PBK II, Jamaluddin Mat Amin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");