Sukan Hari Ini

Suarez cari tempo permainan

PENGENDALI Barcelona, Luis Enrique tetap meyakini keupayaan Luis Suarez walaupun pemain penyerang itu masih dalam proses mencari rentak permainan bersama pasukan.

Jelas Enrique, hasil kerja Suarez memang belum cukup mantap jika berdasarkan kepada ukuran menjaringkan gol.

“Saya tidak terlalu bimbang dengannya kerana dia baru beberapa bulan di sini.

“Kita tunggulah nanti, Suarez akan kembali menemui semula ketajamannya di depan gawang lawan.

“Apa yang penting saat ini, dia harus terus mencari rentak dan cuba menyesuaikan dengan corak dan taktikal Barca,” katanya.

Tambah Enrique, mana-mana pemain handalan yang berpindah kelab dan negara pasti merasai kesukaran mengadaptasi skil bersama pasukan baharu.

“Tidak ada formula ajaib untuk adaptasi, semua pemain perlu waktu,” katanya lebih mengutamakan kemenangan Barca berbanding siapa yang menjaringkan gol.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");