Membawang Hari Ini

Tayangan amal Isyarat Cinta

MANGSA-mangsa banjir di beberapa buah negeri di Malaysia terus mendapat perhatian dan bantuan pelbagai pihak tidak kira kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Terbaru, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama RK Screen serta Datuk Rosyam Nor bekerjasama bagi menjayakan Tayangan Amal Perdana filem Isyarat Cinta bagi membantu mangsa banjir.

Tayangan amal tersebut bertujuan mengutip dana WHAM dan menyalur sebahagiannya kepada mangsa banjir di beberapa negeri di Malaysia.

Menurut presiden WHAM, Tengku Khalidah Tengku Bidin, hasil kutipan filem itu bukan sahaja disalurkan kepada mangsa banjir, bahkan kepada rumah tahfiz dan anak-anak yatim.

“Pihak WHAM amat berterima kasih kepada Rosyam kerana bersetuju bekerjasama sepenuhnya untuk menjayakan tayangan amal perdana yang akan diadakan dua minggu lebih awal daripada tayangan perdana filem itu di pawagam seluruh negara.

“Sebelum ini, pihak kami mengumpul kira-kira RM50,000 daripada kutipan Tabung Hati Ke Hati yang bertujuan membantu mangsa banjir.

Kami harap dengan adanya kolaborasi filem ini, ia mendapat sambutan daripada pihak yang prihatin,” ujarnya di sidang media Isyarat Cinta, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, pihak RK Screen turut melancarkan poster filem Isyarat Cinta dan trailer filem berkenaan. Turut hadir tiga pelakon utamanya Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar.

Sementara itu, Rosyam berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan WHAM kerana sudi bekerjasama dan menyifatkan kerjasama itu adalah penting untuk membantu mangsa banjir.

“Saya pertaruhkan filem ini untuk tayangan amal dan saya janji WHAM tidak akan malu dengan filem ini. Malah, saya sangat yakin dengan kemampuan pengarah Bade menghasilkan sebuah filem cinta yang hebat,” katanya.

Selain jualan meja untuk korporat, tiket-tiket untuk orang awam bagi tujuan amal itu turut disediakan iaitu RM100, RM300, RM500 dan RM1,000.

Individu yang berminat boleh menghubungi atau hantarkan mesej kepada nombor 017-3813563.

Filem arahan Bade Hj. Azmi ini mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan rendah diri dan pemalu memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari kemalangan jalan raya.

Hubungan mereka dibantu Ariel (Fizo Omar) sebagai perantara. Tetapi Ariel sendiri jatuh hati dengan Dhia.

Tayangan Amal Perdana filem Isyarat Cinta akan berlangsung pada 4 Mac, manakala tayangan sebenar filem berkenaan pada 19 Mac ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");