Sukan Hari Ini

Team Sky beraksi di LTDL

JUARA berganda Tour de France dari pasukan Team Sky bakal buat kemunculan sulung pada Kejohanan Le Tour De Langkawi (LTdL) edisi ke-20 yang akan berlangsung pada 8 hingga 15 Mac depan.

Team Sky akan mengetuai senarai pasukan dari kelompok World Team bersama-sama Orica-GreenEdge, Astana dan Tinkoff-Saxo pada kejohanan tersebut.

Pegawai Eksekutif LTDL 2015, Datuk Malik Mydin berkata, adalah satu penghormatan besar apabila dapat menyaksikan mereka berlumba di Malaysia.

“Empat pasukan ini adalah antara lima pasukan terbaik di dunia. Kita bercakap mengenai pasukan-pasukan yang memenangi tiga gelaran Tour de France, satu Giro d’Italia dan dua di Vuelta a Espana sepanjang tiga tahun lalu. Jadi, kepercayaan yang diberikan oleh mereka terhadap penganjuran ini amat kami hargai,” katanya semalam.

Untuk rekod, Astana menjuarai Giro 2013 dan 2014 menerusi Vincenzo Nibali, Tinkoff-Saxo pula memenangi Vuelta menerusi Alberto Contador pada 2012 dan 2014, manakala Orica-GreenEdge pula pernah menerajui ketiga-tiga perlumbaan besar Grand Tours itu sejak dua tahun iaitu di Tour de France 2013 menerusi bekas pelumba yang pernah beraksi di LTdL Simon Gerrans dan Daryl Impey.

“Memang menarik apabila mendengar juara seperti Richie Porte bercakap bahawa mereka mempunyai memori manis mengenai Malaysia. Inilah tradisi yang mahu kami kekalkan apabila perlumbaan Le Tour de Langkawi ini mencecah usia 20 tahun.

“Dan disebabkan itu, kami juga bertegas mahukan senarai pasukan yang seimbang membabitkan pasukan dari World Teams dan Pro Continental serta pasukan kelompok ketiga Continental dari Asia dan pasukan dari negara yang sedang meningkat naik, supaya dapat memberi peluang kepada mereka meningkatkan mutu kayuhan ke tahap lebih tinggi,” ujar Malik.

Difahamkan, tujuh pasukan Pro Continental yang akan terbang ke Langkawi termasuklah pasukan dari Perancis, Bretagne-Séché yang turut mengambil bahagian buat kali pertama.

-sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");