Perak Hari Ini

Wakaf Saraan Berjumlah RM484,489.56 Diagihkan Kepada 41 Penerima

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini mengagihkan wakaf saraan berjumlah RM484,489.56 kepada penerima manfaat dari seluruh negeri itu.

Majlis penyerahan kepada 41 penerima manfaat itu berlangsung di Dewan Al-Ghazali di Kompleks Islam Darul Ridzuan dekat sini, pagi tadi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Amiruddin Muhamed, wakaf berkenaan merupakan aset yang diwakafkan untuk tujuan menyara institusi tertentu.

“Wakaf tersebut digunakan antaranya bagi tujuan menyara masjid, surau, rumah anak yatim, tanah perkuburan dan juga sekolah agama di negeri ini.

“MAIPk selaku pemegang amanah kepada aset yang diwakafkan akan membangunkannya dan hasilnya nanti akan diagihkan semula kepada penerima manfaat selaras dengan permintaan pewakaf itu sendiri,” katanya.

Ujarnya, banyak pembangunan dapat dilaksanakan melalui wakaf berkenaan sekaligus memberikan faedah kepada masyarakat Islam di Perak.

PERAKTODAY28

Tambahnya, kerajaan juga turut mewakafkan beberapa bidang tanah kepada MAIPk untuk tujuan pembangunan bagi wakaf saraan kepada institusi di negeri tersebut.

“Kerajaan Negeri Perak bermurah hati untuk mewakafkan dua bidang tanah iaitu di Besout dan juga Sungai Siput untuk diuruskan oleh MAIPk.

“Tanah yang diwakafkan di Besout akan ditanam dengan kelapa sawit dan hasilnya akan disalurkan untuk saraan masjid di seluruh negeri Perak.

“Manakala tanah di Sungai Siput pula tidak sesuai dengan tanaman kelapa sawit tetapi akan ditanam dengan klon getah balak yang mana 100 peratus hasilnya nanti akan diwakafkan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri Perak,” tambah beliau lagi.

PERAKTODAY29 (1)

Terdahulu, penerima manfaat wakaf saraan terbanyak diserahkan kepada Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan iaitu dengan jumlah sebanyak RM84,2400.

Manakala Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al-Maskan, Simpang Empat Hutan Melintang pula menerima sebanyak RM56,000 dan diikuti dengan Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar (RM40,052).

Pada majlis itu juga, Ustaz Mohd Zainudin Mohamed Zaini yang lebih dikenali sebagai PU Yeop dilantik sebagai Duta Wakaf MAIPk bagi tahun 2015 untuk mempromosikan amalan berwakaf kepada masyarakat Islam di negeri tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");