Jenayah

Warga emas disamun RM25,000

Chukai: Seorang warga emas berusia 75 tahun berdepan detik cemas apabila diserang dua lelaki tidak dikenali yang bertindak ganas menutup mulut wanita terbabit sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM25,000, petang kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal sendirian di rumahnya di Kampung Telaga Papan, Kertih, dekat sini sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya pada jam 1.20 petang.

Sumber berkata, terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang itu, mangsa kemudian menjerit meminta tolong.

Namun katanya, jeritan mangsa itu tidak berpanjangan apabila dua suspek terbabit bertindak menutup mulut mangsa menggunakan tangan.

“Suspek kemudian merentap dua utas rantai leher yang dipakai mangsa selain merampas enam utas gelang dan rantai tangan yang semuanya bernilai RM25,000 sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan warga emas terbabit yang mengalami luka di leher dan pergelangan tangan trauma sebelum membuat laporan polis selepas 20 minit kemudian.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kertih pada jam 1.44 petang dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana mencuri setelah dibuat persiapan bagi menyebabkan kematian atau cedera dengan tujuan hendak melakukan kesalahan itu,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");