Perak Hari Ini

2,000 Tetamu Hadir Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mencemar duli memeriahkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2015 Peringkat Negeri, di sini, sebentar tadi.

Majlis yang berlangsung di Hotel Riverfront itu turut disertai oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Almarhum Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Saripah Zulkipli.

PERAKTODAY5-1

Majlis dimulai dengan ucapan Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Datuk Mah Hang Soon.

Dalam ucapannya, Hang Soon berkata, slogan berbudi bahasa hanya bukan sekadar disebut tetapi lebih daripada itu.

Katanya lagi, nilai-nilai murni  tersebut perlu menjadi sebahagian daripada jati diri.

“Mari kita bertekad dan berkongsi azam untuk terus memperbaharui diri dan melangkah ke hadapan,” katanya.

PERAKTODAY6

Semangat tersebut katanya, perlu bagi memperkukuhkan perpaduan yang menjadi lambang kekuatan demi kelangsungan kemajuan serta masa depan negara.

Tambahnya lagi, kepelbagaian yang wujud dalam negara ini perlulah dipertahankan.

“Semoga tahun kambing akan membawa kebahagian, kemakmuran dan kesihatan kepada semua,” katanya.

Sultan Nazrin turut berkenan memberikan ang pau kepada 58 anak yatim yang mewakili pelbagai kaum dari Lembah Kinta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");