Membawang Hari Ini

Ada yang tidak percaya umur Marissa…

Pelakon yang murah dengan senyuman, Marissa Yasmin mendedahkan masih ada di kalangan peminat tidak percaya dengan usianya.
Malah pelakon drama Aku Isterinya ini, tidak menyembunyi atau menyorok mengenai usianya yang kini yang mencapai 37 tahun.

Marissa atau nama sebenarnya Meriam Yaakob, dilahirkan pada 1977, anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkata mungkin orang tidak percaya dengan usianya itu.

Dia kelihatan nampak muda namun tidak mengamalkan sebarang petua tertentu untuk kelihatan muda namun dia memastikan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk kekal sihat selain mendapat rehat yang cukup.

“Alhamdulillah, biarpun usia sudah hampir menjangkau 40 tahun tetapi ada juga yang tidak percaya apabila saya memberitahu umur saya sekarang 37 tahun.

“Tiada sebarang petua tertentu cuma mengamalkan senaman dan rehat yang cukup untuk kekal segar dan bertenaga,” ujarnya.

Bagaimanapun dia bukan tergolong selebriti yang terkejar-kejar untuk meraih populariti. Paling utama baginya adalah kemampuan mempersembahkan lakonan mantap supaya berkesan di hati penonton.

Mengakui tidak berkecil hati kerana sering diberikan watak sebagai seorang ibu dalam drama lakonannya biarpun dia kelihatan masih muda untuk memegang peranan sedemikian.

Marissa, 37, berkata: “Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara itu malah melihat ia sebagai satu kelebihan yang mungkin tiada pada aktres lain.

“Saya sendiri tidak ingat berapa banyak drama lakonan yang saya pegang watak sebagai seorang ibu namun ia bukanlah satu masalah kerana itu adalah rezeki saya.

“Saya juga selesa memegang peranan itu kerana ia mungkin kelebihan yang pihak produksi lihat dalam diri saya biarpun ada mengatakan saya nampak terlalu muda untuk membawa watak berkenaan.”

Sementara itu, Marissa yang pernah membintangi lebih 100 drama sepanjang kariernya berkata, sekiranya diberi peluang dia mengimpikan untuk melakonkan peranan wanita desa pada masa hadapan.

“Saya teringin untuk memegang watak sebagai wanita kampung kerana pada pandangan saya ia mencabar dan berharap akan diberi peluang memegang peranan itu suatu hari nanti,” kata pelakon drama bersiri Hanya Dengan Bismillah ini lagi.-27/2/2015 OLEH ZAINI ZAA-agendadaily

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");