Berita Hari Ini

Bajet tidak berubah

PASIR GUDANG – Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk mengubah bajet atau melakukan sebarang pindaan berhubung perkara itu meskipun berdepan kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Johor tidak mendapat kesan secara langsung daripada keadaan ekonomi yang tidak menentu dan bencana banjir yang berlaku.

Menurutnya, ia berikutan Johor tidak berdepan masalah kerana kutipan kerajaan negeri lebih daripada sasaran seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Untuk tahun lepas seperti tahun sebelumnya, kita mendapat pulangan yang lebih daripada apa yang kita jangkakan, jadi duit hasil kita lebih daripada yang kita belanja.

“Saya akan umumkan berapa jumlahnya semasa sidang Dun ,12 Februari ini.

“Kita tiada niat nak ubah bajet kita. Semuanya akan berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata dekimian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Kepimpinan Muda Johor, di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan dan menyokong sebarang tindakan yang dilakukan kerajaan pusat.

Menurutnya, kerajaan Pusat tidak cuba menghadkan perbelanjaan kerana tahu ia boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan Pusat hanya minta berhati-hati dari segi perbelanjaan termasuk mengadakan lawatan ke luar negara.

“Kalau ada lawatan penting yang boleh membawa pelaburan, itu memang digalakkan, tapi kalau boleh dijadualkan semula maka wajar ditangguhkan dahulu,” katanya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");