Sukan Hari Ini

Blind selamatkan maruah United

GOL penyamaan Daley Blind pada masa kecederaan menyelamatkan maruah Manchester United daripada berdepan kekalahan menentang West Ham United, semalam.

Pasukan bimbingan Louis van Gaal itu sekadar membawa pulang satu mata selepas merekodkan keputusan seri, 1-1.

Berkunjung ke Boleyn Ground, The Red Devils yang dalam misi memburu kemenangan untuk membolehkan mereka menghuni tangga ketiga liga diasak The Hammers sebaik perlawanan dimulakan.

Gawang United yang dikawal David De Gea akhirnya bocor pada minit ke-49 melalui jaringan cantik Cheikhou Kouyate.

United bagaimanapun berjaya meraih gol yang dinanti melalui rembatan kaki kiri Blind, pada minit ke-92.

“Ini adalah ganjaran kepada kami yang tidak mengenal erti berputus asa. Perlawanan tidak berakhir selagi pengadil tidak meniup wisel penamat.

“Biarpun dapat meraih satu mata, tetapi kami tidak berpuas hati dengan keputusan seri ini,” kata Blind.

United kini menghuni tangga keempat dengan 44 mata, dibezakan satu mata dengan Southampton yang berada di kedudukan ketiga.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");