Sukan Hari Ini

Bundesliga: Guardiola tak kecewa Bayern seri

BERLIN: Pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola tidak menyuarakan rasa kecewa selepas pasukannya seri 1-1 ketika menentang Schalke 04 di laman sendiri, pagi ini.

Juara bertahan Bundesliga itu kini gagal memenangi dua perlawanan berturut-turut sejak pulang dari percutian musim sejuk tapi kekal menerajui carta liga dengan lapan mata di hadapan.

Bayern juga beraksi lebih 70 minit berbekal 10 pemain selepas Jerome Boateng dilayangkan kad merah selepas menerjah pemain Schalke, Sidney Sam.

“Saya amat gembira. Ia bukan mudah menentang Schalke… kami mengawal permainan dan ada peluang depan gol,” kata Guardiola.

“Kami mahukan tiga mata tetapi persembahan kami lebih baik.

“Pasukan bermain cukup baik apabila 11 melawan 11 tapi saya tidak mahu bercakap pasal kad merah itu.”

Sementara itu, pasukan di tangga kedua, VfL Wolfsburg — yang menewaskan Bayern, Jumaat lalu – bangkit untuk seri 1-1 ketika menentang Eintracht Frankfurt di tempat lawan.

Wolfsburg memerlukan jaringan lewat permainan daripada pemain antarabangsa Belgium, Kevin de Bruyne untuk menyelamatkan diri pulang hampa.

Wolves juga memilih tidak menyenaraikan Andre Schuerrle selepas pemain Jerman itu berpindah dariChelsea, kelmarin.

Borussia Moenchengladbach mengukuhkan posisi di tempat ketiga dengan kemenangan 1-0 ke atas Freiburg hasil jaringan tunggal Patrick Herrmann. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");