Perak Hari Ini

Daftar Paksa GST Mulai Esok, Denda RM15,000 Kepada Syarikat Degil

TAIPING: Mulai esok, syarikat yang masih berdegil dan belum mendaftar dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan didaftarkan secara paksa selain perlu membayar denda sebanyak RM15,000.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, pendaftaran GST telah dibuka sejak Jun lepas.

“Pendaftaran secara paksa bermaksud pihak berwajib akan memberikan nombor sistem GST kepada syarikat berkenaan dan mereka akan didaftarkan dalam sistem,” katanya.

Katanya lagi, masa yang diberikan adalah cukup lama untuk tujuan pendaftaran tersebut yang berakhir Febuari lalu.

Manakala bulan Mac dikhususkan bagi pendaftaran secara paksa buat syarikat yang masih berdegil, katanya.

PERAK TODAY 1

“Setakat ini, syarikat yang telah berdaftar dengan GST adalah sebanyak 343,920 dan untuk semalam sahaja, sebanyak 18,641 syarikat mendaftar dan dijangka jumlah tersebut akan terus meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menyampaikan penerangan GST dan Isu Semasa di Taiping, hari ini.

“Ada tiga sebab GST tidak boleh dijadikan alasan menaikkan harga barang iaitu pertama Cukai Jualan dan perkhidmatan (SST) sekarang jauh lebih tinggi daripada GST iaitu hanya enam peratus berbanding lapan peratus untuk SST, ” katanya

Tambahnya, sebab kedua adalah sistem input cukai kredit iaitu pembekal, pemborong dan pengeluar boleh menuntut semula cukai GST yang dikenakan kepada barang-barang milik mereka.

“GST tidak memberi kos kepada mereka berbanding SST yang perlu ditanggung oleh mereka dan dipindah kepada pengguna,” katanya.

Katanya lagi, harga barangan tidak perlu dinaikkan kerana banyak barangan yang tidak dikenakan GST yang digunakan oleh rakyat bertaraf sifar atau dikecualikan seperti makanan asas.

Beliau turut mengulas mengenai kekeliruan orang ramai mengenai caj perkhidmatan yang dikenakan di hotel dan restoran yang melibatkan dua jenis cukai iaitu enam peratus cukai perkhidmatan yang dibayar kepada kerajaan manakala sepuluh peratus caj perkhidmatan yang diambil peniaga tersebut.

Caj perkhidmatan katanya, turut dipanggil ‘tips’ yang diberikan kepada pekerja sesuatu perniagaan namun ianya kini telah disalahgunakan oleh sesetengah syarikat.

“Kerajaan mencadangkan supaya cukai perkhidmatan akan dipanggil sebagai caj hotel atau caj restoran sekaligus menjelaskan kepada orang ramai supaya tidak perlu membayar,” katanya.

Perkara ini katanya, masih dalam cadangan untuk dipertimbangkan pada peringkat Parlimen dan kementerian.

Beliau turut menyarankan pengguna supaya tidak membayar caj perkhidmatan berkenaan sekiranya tidak mendapat perkhidmatan yang baik.

Negeri Perak katanya, merupakan negeri ke 10 dalam misi jelajah GST dan isu semasa dengan masih berbaki empat negeri lain belum dilawati iaitu Pahang, Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Penerangan GST katanya, juga akan diteruskan walaupun sistem itu akan dilaksanakan pada April ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");