Isu Panas

DAP gesa Ismail dan Liow dipecat

KUALA LUMPUR, 4 Februari:

DAP hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar memecat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selepas beliau membuat laporan polis terhadap Ismail di Balai Polis Dang Wangi.

Beliau juga menggesa Najib memecat Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai atas kenyataannya yang dibuat semalam.

Liow dipetik sebagai berkata beliau akan membawa kenyataan Ismail untuk dibincangkan di Kabinet hari ini kerana beliau mahu keadilan bagi masyarakat Cina.

Bagaimanapun, Lim menegaskan kenyataan Liow itu adalah salah kerana ia adalah tugasnya sebagai Menteri Kabinet untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Malaysia dan bukannya pada satu bangsa.

Lim juga menggesa Liow untuk mendedahkan kepada rakyat apa yang dibincangkan di Kabinet kerana mesyuarat tersebut dikategorikan sebagai Akta Rahsia Rasmi.

Bagi Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai pula berkata pemecatan Ismail akan menjadi satu langkah yang baik demi menunjukkan kerajaan mementingkan perpaduan.

“Najib telahpun mengakui pada tahun 2013 polarisasi semakin meningkat di negara ini dan beliau telah berikrar untuk melawan perkauman dan ekstremisme.

“Pada bulan Februari tahun lepas, kerajaan telah mendedahkan rancangan untuk menggalakkan keharmonian kaum. Kerajaan Najib kini perlu mengotakan apa yang dikata dan memecat Ismail di atas kenyataannya.”

Tan berkata kenyataan Ismail telah menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini rosak dan Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan lain selain memecatnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/04/dap-gesa-ismail-dan-liow-dipecat/#ixzz3Qlaugrjz /-rakyatpost

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");