KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia pada kira-kira 9.40 malam semalam di sisi keluarganya.
Beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat, telah menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Solat jenazah ayahanda tuan guru dijangka akan didirikan pada jam 10am pagi esok (Jumaat) 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
kenyataan tersebut dikeluarkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semalam.
“Harap patuhi segala arahan bagi mengekalkan keselesaan buat semua dan perjalanan ayahanda menuju tuhannya,” katanya.
Komen & Pendapat