Perak Hari Ini

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Tanjung Rambutan

IPOH: Polis menahan empat suspek bagi membantu siasatan pembunuhan isteri seorang anggota polis yang ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan dikelar leher dalam kejadian samun dan bunuh di Taman Tanjung Emas, dekat Tanjung Rambutan, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Keterangan daripada keluarga dan pihak berkaitan sedang giat direkodkan.

“Kejadian berlaku sekitar 2 pagi tadi yang mana mangsa seorang wanita berumur 52 tahun dibunuh dan mayatnya ditemui dalam biliknya sendiri dengan kecederaan di leher,” katanya.

Mangsa, Izaah Abdullah, 52, merupakan isteri kepada seorang sarjan polis yang berkhidmat sebagai peronda lebuh raya yang bertugas di Bukit Aman.

Tambahnya lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak.

Katanya lagi, antara jam 6 hingga 8 pagi tadi, pihak polis telah menahan empat orang pemuda yang berumur sekitar 16 hingga 19 tahun yang disyaki boleh membantu polis merungkai kes tersebut.

“Mereka mungkin terlibat dalam jenayah ini dan motifnya masih dalam siasatan,” katanya.

Ujarnya lagi, beberapa barangan milik mangsa dijumpai pada suspek dan tiada kehilangan barangan berharga seperti barangan kemas dan wang dilaporkan.

“Tiada juga unsur geledah ditemui dalam bilik mangsa,” katanya.

Katanya lagi, pemuda tersebut tinggal berhampiran dengan rumah mangsa.

“Suspek masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang di mana terdapat kunci rumah yang tergantung dalam rumah pada bahagian dinding sebelum suspek bertindak menjolok melalui tingkap untuk mendapatkannya.

“Setakat ini, pemeriksaan air kencing mendapati kesemua suspek bebas dadah dan salah seorang daripadanya adalah pelajar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");