Perak Hari Ini

Enam Tonggak Utama Diperkenalkan Untuk Banteras Gejala Dadah Di Perak

IPOH: Kerajaan Perak memperkenalkan enam tonggak utama di bawah Pelan Tindakan Strategik PEMADAM sebagai garis panduan untuk membanteras gejala dadah di negeri itu.

Enam fokus utama yang ditekankan dalam pelan tindakan itu juga bertujuan memastikan Perak menjadi negeri bebas dadah menjelang tahun 2020.

PERAKTODAY3

Menurut Pengerusi PEMADAM negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, beberapa fokus utama ditekankan bagi membasmi jenayah dadah secara habis-habisan.

“Enam tonggak utama itu termasuklah memastikan pelajar bebas dadah dengan memberi didikan kepada mereka,”katanya.

Katanya lagi, fokus kedua juga diberikan kepada ketua jabatan dan negeri bagi memastikan pekerja di bawah mereka bebas daripada elemen dadah.

“Beberapa pendekatan seperti aktiviti ceramah akan dianjurkan supaya setiap pekerja didedahkan mengenai bahaya dadah,” katanya.

Tambahnya lagi, keluarga bebas dadah juga turut diberi penekanan kerana melalui keluarga, didikan untuk penyalahgunaan dadah dapat diterapkan dengan lebih berkesan.

“Komuniti bebas dadah juga diterapkan manakala fokus lain adalah untuk pemutihan kawasan ‘hot spot’ dengan kerjasama pihak Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

PERAKTODAY1

Tambahnya lagi, PEMADAM di peringkat mukim juga katanya, merupakan salah satu langkah membasmi jenayah dadah yang diketuai oleh ketua-ketua kampung di setiap mukim berkenaan.

“Segala permasalahan dadah di peringkat mukim dibawa kepada perbincangan untuk diatasi,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri majlis pelancaran pelan tindakan strategic PEMADAM Perak dekat sini yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Kita melihat banyak cabaran bagi merealisasikan pelan tindakan strategik berkenaan antaranya dari segi kerjasama yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak perlu bekerjasama dengan PEMADAM di setiap peringkat untuk mengatasi masalah dadah secara menyeluruh.

Statistik penagihan dadah di Perak katanya, menunjukkan trend peningkatan setiap tahun dan dikhuatiri 40 peratus penagih dadah berkenaan mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

“Kita tidak mahu menjalankan satu aktiviti sahaja dan kita mahu kerjasama diberikan oleh semua bagi mengenalpasti pelajar-pelajar yang berisiko dengan dadah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");