Sukan Hari Ini

Fabregas kembali kuatkan jentera Chelsea temu Everton

LONDON: Pengurus Chelsea, Jose Mourinho memperoleh suntikan tenaga apabila mendedahkan perancang tengahnya, Cesc Fabregas akan kembali beraksi ketika menanti kunjung Everton, awal pagi Khamis.

Bintang Sepanyol, Fabregas dikeluarkan ketika pertembungan separuh akhir Piala Liga menentang Liverpool akibat masalah hamstring, minggu lepas sebelum terlepas perlawanan menentang Manchester City dan Aston Villa, Sabtu lalu.

Begitupun, Mourinho mengesahkan Fabregas akan kembali menguatkan jentera tengah The Blues pada aksi di Stamford Bridge itu ketika Chelsea bersedia untuk mengukuhkan kelebihan tujuh mata di puncak liga.

“Saya fikir dia (Fabregas) akan bermain pada Rabu (pagi Khamis) kerana pada Sabtu, ia adalah keputusan yang dibuat untuk melindunginya,” kata Mourinho.

“Kami tidak mahu memberi risiko kepada dua pemain pada satu-satu masa. Kami merisikokan Willian dan untuk memulakan pemain dengan risiko adalah perjudian yang besar dan kami melakukannya dengan satu.”

Ketika ketiadaan Fabregas, Ramires diberikan kepercayaan mengemudi jentera tengah bersama Nemanja Matic dan Mourinho mengakui gembira dengan persembahan pemain Brazil itu.

“Ramires yang terbaik sudah kembali dan Ramires yang terbaik bermain menentang Liverpool, Man City dan Aston Villa,” katanya. “Dia adalah pemain yang memiliki profil berbeza (dibandingkan dengan Fabregas) namun dia adalah pemain yang menakjubkan buat kami.”

Untuk rekod, Everton tidak pernah menang dalam perlawanan liga di Stamford Bridge sejak November 1994. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");