Sukan Hari Ini

Go-Kart Dunia: Muizzuddin hanya mampu tempat ke-23

KUALA LUMPUR: Pelumba sensasi muda negara, Muizzuddin Musyaffa Abdul Ghafar hanya mampu menghuni tempat ke-23 daripada 34 pelumba pada pusingan pembukaan Piala Juara-Juara pada Siri Go-Kart Dunia (WSK) di La Conca, Itali, semalam.

Faktor hujan lebat dan cuaca sejuk serendah lapan darjah Celcius menjejaskan prestasi pelumba pasukan Gamoto Racing itu dalam saingan kategori Remaja KF membabit pelumba terbaik dunia berusia antara 13 dan 15 tahun itu.

Antara yang terjejas akibat faktor cuaca ialah pelumba Rusia, Artem Petrov dan pelumba China, Fei Ye Yi, yang bersama-sama dengan Muizzuddin menduduki tiga tangga teratas pada perlumbaan Piala Jemputan Musim Sejuk Vega di Litar Adria di Veneto, utara Itali, dua minggu lalu.

Menurut kenyataan Gamoto Racing hari ini, Petrov gagal ke pusingan final manakala Ye Yi menamatkan perlumbaan di tangga ke-17.

Perlumbaan kategori itu dimenangi oleh pelumba Denmark, Christian Lundgaard diikuti pelumba Brazil, Felipe Drugovich dan tempat ketiga oleh pelumba Amerikas Syarikat, Logan Sargeant.

Pengurus Muizzuddin, Salvatore Gotti, berkata pelumba berusia 12 tahun itu banyak kali terbabas dalam keadaan cuaca hujan dan perlu meningkatkan usaha sebelum menghadapi pusingan kedua di litar sama, hujung minggu ini.

Bagaimanapun, semasa pusingan kelayakan di trek yang kering, katanya Muizzuddin menampilkan persembahan terpuji dengan menghuni tangga kelapan keseluruhan dengan masa 47.938 saat pada trek sejauh 1.25km.

Walaupun gagal bermula pada saringan pertama, Muizzuddin menduduki tangga ketujuh pada saringan kedua dan ketiga dalam cuaca kering sebelum hujan pada saringan keempat menyebabkan kedudukannya merosot kepada tangga ke-14.

“Ini satu pengajaran berguna untuk beliau kerana perlumbaan ini adalah kedua dalam kategori baharu musim ini. Berdasarkan catatan masa pada sesi latihan, beliau mampu memberi saingan kepada pelumba handalan yang sudah memasuki musim kedua dan ketiga,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");