Jenayah

Imigresen tahan 41 PATI di Kemaman

Chukai: Jabatan Imigresen Terengganu (JIT) menahan 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Sapu di Kemaman, semalam.

Semua yang ditahan membabitkan warga Indonesia (19), Myanmar (16), Bangladesh (enam) berusia 16 hingga 50 tahun.

Operasi membabitkan 31 anggota diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasaan JIT, Ahmad Salihin Salleh dilakukan selama sembilan jam bermula 9.30 malam semalam dan berakhir 6.30 pagi tadi.

“Operasi kali ini kita menyasarkan rumah kongsi di tapak pembinaan serta ladang di kawasan Cheneh dan Bandar AlMuktafibillah Shah, Dungun dan memeriksa seramai 76 warga asing.

“Daripada jumlah itu, 41 PATI ditahan kerana tinggal lebih masa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan tidak memiliki dokumen perjalanan mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama,” katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke depot tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");