Berita Hari Ini

IPK terbengkalai: PAC puas hati penjelasan KDN

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati penjelasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang terbengkalai sejak Oktober lalu.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata penjelasan berhubung perkara itu telah dijawab oleh Ketua Setiausahanya KDN (ketika itu), Datuk Mohamad Khalid Shariff semasa menghadiri prosiding jawatankuasa berkenaan berhubung pengurusan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sentul pada 14 Oktober lalu.

“Saya ingin menjelaskan KSU KDN ketika itu, menjelaskan kepada PAC bahawa kontraktor lama IPK Johor sudah ditamatkan perkhidmatan atas pelbagai sebab dan kementerian sudah melantik kontraktor baru bagi meneruskan pembinaan berkenaan.

“Kita berpuas hati dengan penjelasan KDN kerana tindakan sudah diambil kementerian sudah diambil bagi mengatasi kelewatan projek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Isu mengenai kelewatan pembinaan IPK Johor itu disahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dipetik menerusi laporan sebuah akhbar, Jun lalu.

Tegasnya, PAC memandang serius mengenai kelewatan berkenaan kerana ia berkaitan dengan soal keselamatan negara selain membabitkan imej kerajaan.

Katanya, kerajaan negeri Johor juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai kelewatan pembinaan IPK Johor itu dan ia ternyata selari dengan tindakan yang telah diambil KDN dengan menggantikan kontraktor baru.

“Di pihak PAC, kita berpendapat isu mengenai kelewatan pembinaan IPK Johor sudah diambil tindakan dan tiada lagi sebarang perkara berbangkit,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");