BATA (Equatorial Guinea): Penjaga gol Boubacar Barry menghadirkan jaringan bermakna buat Ivory Coast bagi menamatkan penantian 23 tahun menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada final menentang Ghana menerusi penentuan penalti 9-8, awal pagi tadi.
Kedua-dua terus terikat 0-0 selepas masa tambahan sehingga memaksa pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.
Sejarah berulang bagi Ivory Coast apabila kembali mendakap piala berkenaan selepas menjuarainya pada 1992, juga menewaskan Ghana yang turut mengheret kepada penentuan penalti.
Perlawanan final yang diadakan di Bata, ibu negara Equatorial Guinea dipenuhi persembahan taktikal dan kemahiran pemain pada kemuncak merebut piala berprestij benua Afrika itu. – AFP/berita harian
Komen & Pendapat