Membawang Hari Ini

Jep Sepahtu mahu saman akhbar fitnah dirinya

KUALA LUMPUR, 27 Februari:

Ahli kumpulan Sepahtu, Jep berhasrat mengambil tindakan untuk menyaman sebuah akhbar yang didakwa memfitnah dirinya.

Ia susulan laporan berkenaan yang mengatakan Jep telah mengamuk selepas kalah kepada Zero pada Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014).

Melalui laporan itu, Jep dikatakan bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014.

Menurut laporan sebuah portal, Jep juga mendakwa dia telah dituduh mengugut akan mencari orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014.

Sehubungan itu, Jep dikatakan telah mendapatkan nasihat peguam untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini Jeb bersama Shuib menerusi Sepahtu dinobatkan sebagai naib juara MLM2014 yang membawa pulang wang tunai RM250,00 selepas tewas kepada Zero pada malam itu.

Sementara itu, satu-satunya peserta solo, Nabil memenangi tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");