Berita Hari Ini

Joseph dilantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dilantik secara sah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah, di sini, hari ini.

Watikah pelantikan yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserahkan kepada Joseph menerusi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Joseph berkata, selain watikah pelantikan, turut diserahkan lima terma rujukan jawatankuasa teknikal antaranya menyatakan meneliti laporan dan dapatan suruhanjaya siasatan pendatang asing di negeri ini serta penambahbaikannya.

“Pelantikan ini susulan persetujuan jemaah menteri dengan penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah membabitkan dua struktur iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal, pada 3 Disember lalu.

“Selain itu, turut disenaraikan dua Setiausaha Bersama dan 13 ahli jawatankuasa lain,” katanya.

Tambah beliau, antara perkara yang akan diusulkan adalah berkaitan cadangan pendaftaran semula penduduk di Sabah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");