Panasnya Hari Ini

Karpal dan Kehidupan Seks Ahli Politik

Satu perkara yang normal jika anak kepada Karpal Singh berasa hati dan sedih dengan kenyataan Ketua Pendakwaraya, Muhammad Shafee Abdullah bahawa bapa mereka merupakan individu pertama yang mewujudkan kisah atau polemik berpanjangan membabitkan Anwar Ibrahim.

Shafee Abdullah juga berkata, Karpal Singh dalam konteks tersebut dilihat sebagai seorang peguam yang bijak seperti yang dipersetujui oleh anak lelakinya dan kebanyakan rakyat Malaysia.

Menjadi Ahli Parlimen dan peguam yang bijak, Karpal secara terang-terangan tidak pernah menuduh Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri melakukan salah laku seksual. Walaupun dalam keadaan imuniti parlimen, Karpal yang berpengalaman luas dalam politik tidak akan berbuat demikian.

Menurut Gobind Singh Deo, deklarasi bertulis mengenai salah laku seks Anwar telah diserahkan kepada Karpal Singh dan kemudiannya diminta membangkitkan perkara itu di Parlimen.

Pemandu Anwar, Azizan yang mendakwa diliwat Anwar telah memberi deklarasi bertulis kepada Karpal. Tetapi, Karpal turut berjumpa dengan Umi Hafilda bersama dengan Azizan sebelum itu bagi tujuan sama.

Karpal mencari jalan dan menyediakan bahan bukti kepada kerajaan untuk memulakan siasatan.

Harus diingatkan bahawa Anwar adalah ahli UMNO dan merupakan Timbalan Perdana Menteri. Jadi, serangan terhadapnya dibenarkan.

Khabar angin berkaitan hubungan seks Anwar sudah bertiup sejak sekian lama dan Karpal membangkitkan perkara itu dengan mengemukakan bukti hingga memaksa kerajaan untuk bertindak. Jika ada konspirasi politik, Karpal dan DAP perlu diberi pujian kerana membangkitkan kes Liwat I.

Ramai tidak dapat melupakan bagaimana Karpal menyediakan pita seks Vijendran di Parlimen pada 1992.

Pita itu yang sepatutnya dimusnahkan atas arahan Peguam Negara, Abu Talib muncul semula di tangan Karpal. Ia sebenarnya dimasukkan dalam peti suratnya.

Karpal memberi cadangan agar pita itu ditonton di Parlimen. Tetapi pada 2008, apabila pita seks yang didakwa melibatkan Anwar dan seorang pelacur muncul dan dipaparkan di Carcosa, Karpal yang mendesak agar mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa.

Anwar ketika itu sudah menyertai pembangkang dan perlu dipertahankan atas apa juga alasan memandangkan beliau adalah pihak yang dituduh dalam kes Liwat I. Tetapi, Vijendran yang merupakan ahli Barisan tidak menerima nasib begitu dalam kariernya.

Adakah ini bukan konspirasi DAP untuk mencemarkan imej Barisan dengan menggunakan salah satu parti komponennya? Ada juga yang mengatakan mereka yang terlibat dalam konspirasi itu merupakan musuh Samy Vellu dalam MIC.

Menjadi ahli politik dan membesar di sebalik bayangan ayah yang hebat, sudah pasti Gobind dan Ram Karpal telah mempelajari bahawa politik adalah satu permainan yang kotor dan tiada teman yang kekal dalam permainan itu.

Konspirasi merupakan perkara biasa pada hari ini dan anda perlu tebal muka untuk terus hidup.

Buat Gobind dan Ram Karpal, mendiang ayah anda merupakan ahli politik yang tahu setiap tipu helah dalam kehidupan ini. Ingat kata Shakespeare,
“The evil the men do lives after them; The good is oft interred with their bones”….

-Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");