Berita Hari Ini

Kenapa Tunku Jalil sergah jururawat?

KUALA LUMPUR, 5 Februari:

Sebuah video menjadi viral yang memaparkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim membuatkan seorang jururawat senior (matron) terkejut apabila disergahnya.

Tindakan Tunku Jalil itu menyebabkan wanita itu terkejut dan melatah serta merta.

“Kan dah kena pukul. Sekali sekala usik Matron.

“Terima kasih kepada semua yang menjaga saya sewaktu di Hospital Sultanah Aminah Johor,” kata Tunku Jalil dalam laman Facebooknya.

Gurauan spontan Tunku Jalil itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya menganggap Tunku Jalil seorang yang sangat sporting dan humble.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar Tunku Jalil cepat sembuh dan sihat sepenuhnya.

Difahamkan, anakanda kelima Sultan Johor itu diselubungi dengan pelbagai persoalan mengenai kesihatannya.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dari Istana Johor mahupun kerajaan negeri.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/02/05/kenapa-tunku-jalil-sergah-jururawat/#ixzz3QrAUCSLg -rakyatpost

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");