Perak Hari Ini

Kenyataan DS Rosmah Diputarbelit: Ahmad Maslan

TAIPING: Laporan yang menghentam isteri Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor berhubung isu kos dandanan rambut menjangkau harga RM1,200 dilihat sebagai tafsiran yang sengaja diputarbelitkan secara negatif.

Menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, kenyataan tersebut sebenarnya bertujuan menerangkan mengenai kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah yang sewenang-wenangnya dinaikkan oleh peniaga.

“Saya ada di majlis tersebut dan apabila Datin Seri menyebut nak buat rambut pun mereka cuba kenakan bayaran RM1,200. Ia bukan bermaksud beliau membuat rambut dengan kos tersebut,” katanya.

Katanya lagi, kenyataan itu juga menjelaskan bahawa Isteri Perdana Menteri memohon agar caj perkhidmatan di rumah diberi perhatian sewajarnya.

“Ia tidak bermakna Datin Seri Rosmah telah menggunakan perkhidmatan itu sebaliknya ingin menjelaskan bahawa peniaga mengenakan bayaran sedemikian bagi perkhidmatan tersebut.

“Kosnya mahalnya berbanding di kedai contohnya caj perkhidmatan ke rumah yang tidak dikawal,” katanya.

Perkara itu katanya, tidak diketahui ramai apabila peniaga perkhidmatan di rumah mengenakan harga tidak dikawal dan diletakkan secara sembarangan.

“Apa yang dibangkitkan Isteri Perdana Menteri itu cukup bagus kerana mendedahkan tindakan segelintir peniaga yang meletakkan harga tanpa kawalan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");