Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Nik Aziz

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, dekat Kelantan, malam tadi.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri serta seluruh rakyat turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama hamba yang soleh.

“Saya seisi keluarga, kerajaan dan rakyat Perak mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan mendapat sebaik-sebaik tempat di sisi Allah SWT,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata selepas sejurus selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Watikah Lantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak MAIPk yang dihadiri Sultan Perak, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Kompleks Islam Darul Riduzan.

Sementara itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Muhammad Amin Zakaria, berkata Malaysia kehilangan tokoh pejuang Islam dengan pemergian Nik Aziz.

“Rakyat Malaysia kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai peranan dalam usaha membangunkan Islam di negara ini,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid pula berharap agar keluarga Allahyarham sentiasa tabah menghadapi waktu-waktu sukar ini.

“Semoga kesabaran dan ketabahan keluarga Alllahyarham menghadapi waktu duka ini diberi ganjaran jannah oleh Allah SWT,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");