Perak Hari Ini

Kerajaan Pertimbang Polisi Komprehensif Harga Rumah Kos Rendah

IPOH: Kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas berbincang dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Redha) berkaitan polisi perumahan termasuklah mengenai harga rumah kos rendah dalam tempoh masa yang terdekat.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, perkongsian pendapat dan idea mengenai harga rumah kos rendah akan menjadi keutamaan supaya ia menjadi relevan dari sudut pelaksanaan.

“Kerajaan turut menyampaikan pandangan, dasar perubahan dan mengambil kira semua tahap masyarakat di negeri Perak,” katanya.

Tambahnya lagi, perbincangan yang dilaksanakan juga turut melibatkan penetapan harga rumah kos rendah serta mendengar pandangan semua pihak berkaitan isu terbabit.

“Perbincangan akan menjurus mengapa kerajaan melaksanakan rumah kos rendah yang ternyata harganya berbeza berbanding dahulu,” katanya.

Katanya lagi, pengawalan kepada harga rumah kos rendah juga perlu diberi perhatian kerana ia mencecah harga sekitar RM42,000 seunit.

“Semua pihak perlu memikirkan mengenai kadar harga kos rendah dan sederhana tinggi serta peratusan yang perlu diambil kira,” katanya.

Katanya lagi, sudut kebaikan dan keburukan perlu diambil kira dengan melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan kelak.

“Paling penting adalah tampil dengan polisi yang komprehensif untuk dimaklumkan kepada Lembaga Perumahan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");