Isu Panas

Ketua Umno Bahagian Jumpa Najib

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian di seluruh negara akan mengadakan pertemuan sebagai solidariti terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac ini.

Hasrat mengadakan dialog dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno itu juga bertujuaan menyatakan kepada pembangkang dan pihak luar bahawa mereka sentiasa berdiri teguh di belakang Najib, demikian menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Kami mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Najib mempunyai sokongan akar umbi yang kuat…jadi pembangkang serta pihak-pihak luar perlu berhenti menyerang pemimpin Barisan Nasional,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pesaing politik tempatan dan pihak luar sedang menimbulkan persepsi untuk memperkecilkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan perang saraf itu. Kita perlu menanganinya segera dan kami tidak akan duduk diam dengan hanya melihat mereka memainkan agenda jahat ini,” katanya.

Selain itu Syed Ali berkata, idea untuk mengadakan pertemuan itu telah dimulakan oleh sekumpulan ketua bahagian.

“Setakat ini kira-kira 170 daripada 191 Ketua Umno Bahagian mengesahkan kehadiran.

“Kami mahu menunjukkan bahawa kita berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan menolak pandangan bahawa wujud perpecahan dalam Umno,” katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid berkata mesyuarat itu akan menangkis dakwaan bahawa parti itu sedang berpecah.

Manakala Ketua Umno Bahagian Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata: “Kami mahu mendengar Perdana Menteri sendiri menjelaskan beberapa isu berbangkit. Kami ingin mendengar penjelasan beliau dalam banyak isu seperti 1MDB, ekonomi dan sebagainya.

“Perdana Menteri berjanji untuk berjumpa semua ketua bahagian dua kali setahun, jadi ini adalah sebahagian daripada idea itu.”

Bagaimanapun Bung menolak khabar angin bahawa perjumpaan tersebut adalah untuk mengatasi ancaman dalaman terhadap Najib.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");